Monday 28 October 2013

kenapa ramai student overseas SUSAH nak balik Malaysia?

  Kali ini aku nak kupas beberapa masalah yang pernah diketengahkan oleh kabinet mengenai permasalahan pelajar Malaysia yang belajar di luar negara GAGAL untuk pulang ke Malaysia selepas menyudahkan pengajian mereka.

Mari kita lihat satu persatu punca permasalahan yang berlaku. 

  Sebelum itu mari kita lihat negara kita sendiri. Kabinet juga pernah ketengahkan permasalahan dimana ramai WARGA ASING atau bahasa lembutnya PATI yang berfoya foya di Malaysia dan aku x nafikan benda tu. Sebagai bekas pelajar yang pernah belajar di Klang Selangor, aku rasa aku seperti belajar di "nusantara" yang lain apabila aku keluar outing mahupun "terbang" ke bandar Klang sewaktu belajar dekat asrama dulu. Pemandangan seolah aku bukan berada di nusantara Malaysia, tetapi di kawasan rokok "nusantara" (if you know what i mean).

Jadi kenapa masalah ini timbul??

  Sebab negara negara jiran kita kebanyakan susah, maka mereka berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki. Disebabkan kesusahan yang melampau, ada yang terpaksa masuk ke Malaysia secara haram walaupun mereka mengerti itu merupakan satu jenayah.

Apa kaitan dengan student Malaysia di luar negara?

  Aku bagi contoh yang terdekat dengan aku. Hidup di Jepun memang menelan kos sara hidup yang tinggi. Tapi aku hairan, didalam negara yang menelan kos sara hidup yang tinggi ini, x pernah sekali pon aku jumpa peminta sedekah, orang yang tidur di jalanan atau hidup di gelandangan. Kalau difikirkan secara logik, bayangkan saja sewa rumah yang aku duduk sekarang ni pon, x besar mana pon,  besarnya sebuah ruang tamu rumah teres setingkat. Situlah bilik air, dapur, ruang tamu, tempat tidur, dan harga sewa sebulan RM900. Mampu??

  Minyak kat Jepun mahal cam harom. Seliter RM5.14. Keharaman apakah ini? Harga sepapan telur (10 biji) RM7.00. Mampu?? Air tin setin RM3.20. Mampu?? Bil air sebulan RM60, bil api RM70, bil gas (untuk memanaskan air paip) sebulan RM70~RM100. Mampu??

Dah tu, kenapa tak nak balik Malaysia kalau life cost mahal??

  Setelah contoh2 yang aku keluarkan, pasti ramai yang berfikiran begitu bukan?? Sebenarnya silap!!! Kesilapan besar!!! Disini aku tunjukkan sedikit kiraan realiti sebenar hidup di Jepun.


kiraan bil/sewa bulanan:

1. Sewa Rumah : 28000yen
2. Bil air : 2400yen
3. Bil elektrik : 2200yen
4. Bil gas : 3000~5000yen
5. Insuran kesihatan : 2200yen

berikut adalah senarai harga lain2:

1. Petroleum seliter: 160yen
2. Harga kereta (Honda fitz) second hand : 12,0000yen
3. Harga kereta Nissan Skyline GTR R35 second hand 2011 : 300,0000yen
4. Harga motor Yamaha YZF R1 (baru) : 150,0000yen
5. Harga tv LED sharp : 32000yen
6. Harga setin air : 100yen
7. Harga kasut vans : 7000yen
8. Harga seluar jean Levis : 10000yen

Demikianlah beberapa contoh yang aku boleh bagi. Jadi nak tahu berapa gaji BASIC bagi graduan ijazah yang bekerja di Jepun??

  Gaji BASIC sebulan lepasan ijazah di Jepun rata rata adalah 20,0000yen. Saya ulang, itu GAJI BASIC. Aku pernah berbual dengan orang pakistan yang bekerja di kilang Subaru, gaji sebulan 30,0000yen, dan yang menarik bonus tahunan adalah sebanyak 200,0000yen! Za hell???

Jadi susah ke hidup dekat Jepun ni sebenarnya??

  So, let assume 100yen tu seakan seringgit (nilai sebenar 100yen adalah bersamaan RM3.20). Jadi mari kita buat kiraan semula harga2 yang aku sebut diatas tadi dengan menganggap 100yen bersamaan seringgit.


kiraan bil/sewa bulanan: (nilai dalam kurungan nilai ringgit sebenar)

1. Sewa Rumah : RM280 (RM900)
2. Bil air : RM24 (RM77)
3. Bil elektrik : RM24 (RM77)
4. Bil gas : RM30~50 (RM96~RM160)
5. Insuran kesihatan : RM22 (RM70)


berikut adalah senarai harga lain2: (nilai didalam kurungan nilai ringgit yang sebenar)

1. Petroleum seliter: RM1.60 (RM 5.14)
2. Harga kereta (Honda fitz) second hand : RM1200 (RM3850)
3. Harga kereta Nissan Skyline GTR R35 second hand 2011 : RM30000 (RM96500)
4. Harga motor Yamaha YZF R1 (baru) : RM15000 (RM48500)
5. Harga tv LED sharp : RM320 (RM1030)
6. Harga setin air : RM1 (RM3.20)
7. Harga kasut vans : RM70 (RM225)
8. Harga seluar jeans Levis : RM100 (RM320)

Dan basic gaji sebulan 20,0000yen dan menganggap 100yen bersamaan seringgit, maka nilainya menjadi RM2000. Aku ulang balik, susah ke sebenarnya hidup dekat Jepun??

Malaysia pulak macam mana??

Gaji basic dah la "SETINGGI" RM1500 sebulan, harga minyak RM2.20 seliter, air tin RM1.50~RM2, harga kereta myvi (baru) RM40000.

  Yang aku kemukan ini baru faktor ekonomi, belum soal sosial lagi. Nak bandingkan disiplin orang Jepun dengan orang Malaysia, korang lebih arif kot. Nak bandingkan kadar jenayah di Jepun dengan Malaysia, korang boleh tau kot sapa menang. Nak bandingkan kebersihan antara Jepun dengan Malaysia? Korang pon sendiri boleh tau. Nak bandingkan kejujuran rakyat dan pemimpin Jepun dengan Malaysia, korang boleh tau sapa menang.

  Kesimpulannya, berbalik kepada persoalan yang diutarakan pada awal tadi, adakah pelajar Malaysia yang belajar ke luar negara GAGAL pulang ke Malaysia ataupun kabinet GAGAL menguruskan negara dengan baik??? 

"Kalau x suka Malaysia boleh keluar dari Malaysia!".. hahahahahahahaha.
Inilah kata kata orang yang x pernah keluar Malaysia sebab dia x rasa hujan emas dekat negara orang.

  Ya, bak kata pepatah, hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Tapi kalau hujan batu untuk berabad lamanya, jangankan hujan emas, hujan besi buruk pon belum tentu lagi bro kalau macam ni la gayanya. Wahai pemuda pemuda Malaysia, kurangkanlah aktiviti "berpavilion", pakcik2 yang selalu lepak dekat mamak, asyik sembang kedai kopi je pun x leh gak. Sembang2 tapi bontot melekat dekat kerusi kedai mamak, badan x bergerak, terus bersembang pon x boleh. Menang berpidato boleh la pakcik. Gerak kerja??

  Disebabkan aku sayangkan Malaysialah, aku terpaksa SEDIKIT radikal dalam meluahkan idea serta pandangan aku. Kalau asyik nak berlapik, yang didalam lama lama busuk dikerjakan dek kulat. 

Lets do something for bright future. Sampai bila nak pergi perang guna keris bro?? Tepuk dada sendiri sakit. #hambar








15 comments:

  1. errrrrr.. homeless tu ade ye bang.. kampung homeless pon aku penah tgk.. jgn bias sgt..

    pastu kalau kerja kat jepun ni bile ditengok balik.. macam stress babeng.. kuar umah pukul 5pg balik pukul 10mlm.. pastu ulang 6hari seminggu.. cuti seminggu sehari je.. tp baloi la kot.. kerja kuat2 dpt duit pon byk2..

    pastu dgr cite lagi.. gaji bulan cam kene potong epf + cukai mende ntah sume tu drpd 20,0000 jadi 16,0000 la.. cam haram gak la potong smpai 40,000..

    tp kalau ade wife ok je kot 16,0000 sebulan.. family nye elaun pon dorg bagi.. cam not bad la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara, sy tidak bias. mungkin next time saya akan tulis entry lain pasal jepun, but this entry skdr pandangan saya kenapa ramai student Malaysia tk balek Malaysia lepas bljr, dn amek contoh terdekat Jepun sbgai example. Thats all :) thanks for the ideas :)

      Delete
  2. klu ko dpt scholar bleh la smbang lebat camni bang..aku pun ddk kt sni gak..xpyh nak puji lebih2 sgt la..xprnah nmpk homeless?ko pegi osaka eki mlm2..penuh org tdo beralaskan kotak..nak lg ketara pegi doubutse en mae..penuhh..jalan pergi tgk tmpt org dlu bru ko buat kesimpulan..taraf hidup tggi la kebanyakannya org buat baito..klu ko xdpt scholar ko bleh hidup sini sng lenang?

    kerja kt jepun..gaji 20 000yen?da tolak cukai ape sume ke bang?dpt dlm 15 000 yen je pas tolak mcm2..tekanan kerja lg berat klu ko banding dgn org keje gomen walaupun gaji rm1500..

    aku setuju taraf hidup kt malaysia dh naik..tp klu ko nak ckp kene bg fakta yg btul..smbg la ngan pakcik makcik kt kwsn2 umah tu..aku yakin akan ada yg ckp anak dia xblk lama dh kt umah..sbb keje..tp aku tgk ok la..padan la ngan dorg..dlu mse muda keje kuat smpi ke mlm..anak biar isteri jaga..blk mlm anak dh tido..klu tgk dari positif,bagus dia cari rezeki untuk keluarga dia..tp cuba fikir dari segi kekeluargaan..ckup ke kasih syg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah!!!aku stuju..haha

      cuma aku sokong, dok jepun lebih rasa anshin banding malaysia..

      Delete
    2. Maa, tashikani. But entry kali ni i just pandang dr sudut berbeza, knp ramai x blk. Thats all. Sy dpt scholar, belajar dkt Jepun ad hikmah yg sy boleh beljar dr sesuatu from japan. Dan sejujurnya sy x membanggakan jepun pon, just pndng yg positif yg ad pd jepun agar kita amek contoh yg malaysia as MUSLIM country contohi jepun. Kalau nk fikir mmg bnyk keburukan jepun, kuat minum arak, pornografi bebas, sekuhara, gamble, yakuza dll.

      Delete
    3. saya x menafikan tiada homeless, cuma x pernah jumpa lagi secara depan mata. lgpon pernah je sy tgk movie japan yg tnjuk ada yang homeless, maaa,saya ckp berdasarkan pengalaman hingusan saya yang mentah lagi hina. ya, 20,0000yen kalau ditolak hoken, tax, epf dll lbih kurang 15,0000. but malaysia kalau gaji 1500, tolak epf, cukai pintu, bil2, kereta nk beli cash x mampu sbb mahal so hutang kereta, hutang rumah, kalau dh ada kereta kena sediakan duet petrol. maaf seandainya tulisan ini menampakkan bias, but tujuan sy bukan nk burukkan Malaysia, puji Japan. Sy yg baru duk kt jepun ni pon dh rasa menyampah dok sini. dan golongan yg sy sasarkan entry ni bukan semua rakyat Malaysia, sasarannya pada golongan "atasan" yg mentadbir negara. thats all. thanks for the ideas bro. kalau ternampak mcm terlebat sgt ckp kt blog ni, harap diampunkan :)

      Delete
    4. kt mana2 pun sama bro..nak jd mcm negara maju ni ada pro & kontra dia..aku rasa better ko ddk lama sket sni..pergi jln2,baito untuk tgk mcm mana org jepun ni..camna prangai org jepun yg sebenar..bkn semua bleh ikut..Allah dah bg kt ko peluang untuk pergi oversea tgk mcm mana negara org len supaya ko bleh ubah apa yg xkna kt negara sndiri..daripada pemerhatian aku,rakyat malaysia yg professional ni byk kt oversea..ada yg ambil kesempatan untuk melarikan diri dengan bekerja kt oversea sbb gaji setaraf dgn taraf pndidikan..tp bpe tahun nak keje oversea?10?20thn? then nnti satu hari geng2 ni akan pulang ke malaysia gak..then bnda yg sama akan berlaku kt anak cucu dia ( gaji kecik tarah hidup tggi)..sbb apa?sbb dia x ambil pendekatan untuk ubah apa yg xkena..dia
      just ambil pendekatan mudah..klu golongan bijak pandai ni xblk malaysia untuk ubah mentaliti rakyat malaysia ni,spa lg?
      aku pun dh pernah jumpa org2 yg keje kt oversea dan aku ajukan soalan ttg macamana nak ubah mentaliti rakyat malaysia ni..kebanyakannya diam..xtaw nak ubah mcm mana..ambil cth mudah je..ko ddk jepun ni kan,sampah pun dia suruh kita bunbetsu kan..kita yg dh biasa dari kecik ni buang semua smph dlm satu plastik ni rasa mendou bila kna bunbetsu..bila ko pergi event mana2,ko tgk dorg ni bwk blk smph smpi umah..lepas satu event tu akan bersih la..klu ada sket2 tu ada volunteer (kdg2 pakcik makcik) yg akan kutip..tp klu kt mlysia macam mana?lepas pasar malam?smph byk..sbb apa?mentaliti nak senang..better buang je kt sni sbb nnti ada yg akan kutip..(mentaliti klu xbuang nnti bandaran xde keje nak buat)..mentaliti tu yg kne ubah..aku dh byk kali baca post mcm ko ni..setiap post pun akan ckp bnde yg sama..cuba berfikir
      luar kotak sket..ko pun daripada golongan bijak pndi..just my 2 cent..terpulang la nak amik ke tak ke..nak ckp aku poyo ke apa..tp ni just pandangan aku..sekian :)

      Delete
  3. ak setuju second
    yg tulis ni pon ak rase bdak 1 nen kot
    baru sampai jepon

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, budak hingusan lagi. perbetulkan apa yang salah :)

      Delete
    2. xdela, makin lame ko dok sini nnnti baru ko tahu keadaan sbenarnye
      dok mane2 pon ad buruk baik,
      sbab tu la krajaan anta bdak2 oversea, org ckp modal insan
      ad je yg kacang lupakan kulit, g oversea dpt scholar, tp xnk balek balek mlaysia
      kite2 la yg kene ubah malaysia

      pergh poyo gle ak

      Delete
  4. adeh. mentaliti malaysian tipikal. penulis blog ni punya perspektif.
    banyak pulak orang komen. nampak macam senior pun ada.
    kalau ada different point of view, boleh tulis. buleh bentangkan. kita pakat tengok.
    penulis blog kasi dia punya view.
    kalau korang ada view laen. silekan.

    aduih.
    mentaliti aku saja betol ni payah. dah pergi oversea pun ada lagi ke?
    ingat kat malaysia ja ada.


    orang laen pun duk ober-C jugak.
    semua orang pun ada asam garam masing2.

    memang semua ada positif. ada negatif.
    penulis tak cakap pun dia tak nak balik.

    adeih.

    dari komen2 puun.

    =________________=*

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, agak laaa.
      xpe, masing2 ada pandangan masing2. :)

      Delete