Tuesday 18 June 2013

Diet dan Islam


Diet dan Islam?? Haaaaa, style tak tajuk entry aku kali ni?? hew3 Sebenarnya dua benda ni tak ada kaitan pon antara satu sama lain pon. Tapi ada satu persamaan dalam pengamalan.

Haaa, apakah?

Dipendekkan cerita, baru2 ni aku belajar satu benda baru berkaitan dengan diet dalam kelas English. Statement dia lebih kurang macam ni.

"Pernahkah kita mengalami masalah kenaikan berat badan selepas sekian lama kita melakukan diet? Terdapat dua sebab mengapa hal sedemikian berlaku. Pertama badan manusia mempunyai satu sistem atau set point dimana badan kita sendiri telah menetapkan satu tahap berat badan yang ideal untuk kita, dan otak(sistem) akan mengawal serta menstabilkan berat badan kita ke tahap berat badan yang telah disetkan oleh badan kita. Jadi, banyak mana kita makan, sikit mana kita makan, kita akan kekal dalam range berat badan yang telah disetkan.

Sebab kedua ialah badan kita mempunyai bekalan lemak, dimana lemak tersebut akan digunakan pada waktu waktu kecemasan seperti ketika kita sesat dihutan dan tiada bekalan makana untuk 3 hari sebagai contoh, maka bekalan lemak tadi akan ditukarkan ke dalam bentuk tenaga. Sekiranya kita melakukan diet dengan menahan diri dari makan banyak2, otak(sistem) akan menganggap badan kita dalam keadaan kebuluran. Maka lemak yang tersimpan tadi akan ditukarkan kepada tenaga sedikit demi sedikit. Tapi, once kita mula makan walaupun lebih sedikit dari semasa kita melakukan diet, sistem akan membuatkan kadar metabolism kita perlahan. Jadi makanan yang kita makan bukan ditukar kedalam bentuk tenaga, tetapi kedalam bentuk lemak kerana ingin menggantikan lemak yang telah digunakan sebelum ini dan hasilnya, kita gemuk balik. 

Penyelesaian terbaik untuk menurunkan berat badan adalah dengan melakukan diet DAN dalam MASA YANG SAMA, lakukan SENAMAN yang setimpal"

Begitulah kisahnya. Mungkin ramai dah tahu pasal benda ni, tapi lantak lah. Pokoknya bukan benda ni aku nak sampaikan, ni info sampingan je. Pointnya, ramai orang melakukan diet, tapi tak tahu apa sebenarnya dia buat tu, betul ke tak, apa faedah dia buat, yedak? Depa suka melakukan amalan diet secara mengkhinzir buta, sebab apa, sebab trend orang ramai kan, nak turunkan berat badan, diet, jadahh. Bukan salah diet, tapi cara nak turunkan berat badan, bukan diet SAHAJA, kena bersenam jugak!

Jadi apa kaitan dia dengan Islam?

Haaa, point dia pon sama je, ramai orang mengamalkan Islam, tapi tak ramai yang sedar dan tahu apa yang mereka amalkan dalam Islam, khususnya bab ibadah. Sebab apa, ramai yang Islam, tapi Islam secara ikutan, atau dalam erti kata lain, TAQLID BUTA. Yang  lawaknya, (bukan nak memperlekehkan mana2 orang) dah la taqlid buta, bila nampak orang lain buat benda pelik sikit dari BUDAYA Islam, khususnya BUDAYA Islam Tanah Melayu ni haa, mulalah nak kata sesat la, walhal orang tu buat benda yang betul. Dah lah taqlid, buta lagi. LOL. Buat kawan2 saya yang lahir di Tanah Melayu, Islam (aliran sunnah wal jamaah) ada 4 mazhab ye, EMPAT mazhab. Dan dalam 4 mazhab ni, ada banyak juga benda2 yang lain dari segi pengamalan ibadah, contoh paling senang bacaan qunut, ada mazhab kata buat, ada mazhab kata x payah buat. Salah satu faktornya imam mazhab tersebut meletakkan hukum berdasarkan hujah yang berbeza.

Yang peliknya, yang taqlid buta ni pulak, kalau taqlid benda yang betul ok la lagi, ni x, taqlid mazhab melayu. Alahaii~ Jadi penyelesaiannya mudah, kena belajar lagi ilmu agama. Kaji dan selidik. Lebih baik x payah buat atau amalkan sekiranya kita tidak tahu atau was2. Dan jangan pula kita pertikaikan perihal yang kita sendiri tak tahu, jangan pertikai, tapi tanya kenapa mereka buat sebegitu, rujuk pada yang pakar.

Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah, amal tanpa ilmu gila :)


Monday 3 June 2013

Kalau bukan kita siapa lagi?

Fuuhh, sekian lamanya aku tidak menaip di ruang blog ni. Sorry la, busy sikit kot duduk dekat negara orang kan. Ingatkan dah lepas graduate from IBT, aku ingat masuk universiti ni ringan la sikit beban belajar, rupanya harammm...

Tapi bukan tu aku nak cerita, aku nak kongsikan sikit sebanyak pengalaman aku dengan kawan2 Jepun. Bagi mereka yang tak tahu lagi, aku belajar di Gunma University, terletak di Gunma Prefecture (kira2 150km dari bandar Tokyo). Serius aku memang batak la dok sini, nak2 awek2 kat sini cun melecun bak ang. Haha. 

Dah 3 bulan aku duduk dekat sini, aku belajar banyak benda baru terutamanya bab makan. Mesti ramai fikir duduk dekat Jepun susah nak makan, YA, memang betul, aku kena teliti satu persatu ingredient makanan yang aku beli. Kadang kadang rasa macam leceh gila, tapi nak buat macam mana, yedak? Untung duduk Malaysia, nak beli makanan, tengok je logo halal. Dah la leceh nak tengok semua benda, harga pulak x payah nak cerita la kan. Alhamdulillah, aku bertuah dapat biasiswa, kalau tak, memang aku x mampu nak makan la kat sini.

Tapi, sebaliknya, aku makin gemuk duduk sini. Duduk sini baru 3 bulan, tapi dah naik 11 kilo!! Haha. Tak tau la kalau aku belajar dekat mesir ke, jordan ke, makanan halal senang nak dapat, rasa rasanya naik 20 kilo kot. 

Ok, dah lari topik sebenarnya. Haha. Baiklah, aku share sikit apa yang pernah aku alami, berkaitan dengan entry kali ni. Aku dengan seorang kawan Malaysia aku yang belajar dekat sini, Afif Akmal namanya, kami join pasukan ragbi universiti. Jadual latihan kami setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu, bermula dari jam 6.00 petang sampai pukul 9.00 malam. Maghrib di Jepun masuk pukul 6.50 petang dan Isyak masuk pukul 8.30 malam.

Nampak macam susah kan?? Tapi sebenarnya tak pun. Ok, aku cerita sikit perangai orang Jepun. Orang Jepun ni kalau kerja ke, latihan ke, mesti buat betul2. Tak ada istilah main2 la senang cerita. Kiranya nak curi tulang pon x boleh.

Tapi aku suka orang Jepun ni, kau cakap jujur, bagitahu perkara yang sebenar, mereka terima dan hormat. Senang cerita, aku bagitahulah dekat kapten ragbi aku yang aku dengan kawan aku kena solat Maghrib, dan mereka faham dengan situasi kami. Kami akan pergi dekat tepi padang dan solat maghrib berdua, kemudian sambung latihan dengan depa. Percaya tak, kadang kadang kapten ragbi aku sendiri yang tanya kami dah solat ke, dah masuk waktu solat ke? 

Satu lagi sikap orang Jepun ni, diorang ni berkawan memang betul2 kawan. Bukan kenal2 gitu je. Nak berkawan dengan orang Jepun ni, x susah sebenarnya, tapi kita yang rasa susah. Sebab apa, kita dengan rakan2 di Malaysia, kita berkawan, tapi sekadar kawan. Tapi diorang x. Bila kita sudah jadi kawan diorang, diorang akan ambil berat tentang perihal kita. Diorang lagi faham apa itu ukhwah daripada orang Islam.

Aku bagi satu example, kat Jepun memang x jual daging halal dekat restoran Jepun selain kedai muslim, jadi setiap kali kami bebudak ragbi lepak di kedai makan atau di kafe universiti, diorang faham yang kami x boleh makan daging, babi, minum 酒(sake) iaitu arak dll. Even kadang2 bila diorang nak kongsi makanan dengan kami, diorang akan check dulu ingredient untuk aku sebelum bagi aku makan. Aku sangat kagum dengan diorang sebab diorang respek agama aku

Itu satu hal, satu hal lagi, baru baru ni aku pergi ke welcome party untuk kelab ragbi uni. Party tu dibuat di 居酒屋(izakaya) iaitu restoran yang menu utamanya adalah arak. Memang seperti yang difikirkan, semua mabuk, ketawa x berhenti la, macam2 la karenah orang bila dah mabuk. Diorang faham yang kami x boleh minum arak, jadi diorang order jus dengan cola untuk kami minum. Even diorang dengan rela hati tukar makanan dengan kami, contoh diorang bagi kami udang ke sotong, diorang amek daging kami. Tapi aku rasa geli hati la, dalam suasana mabuk2 tu, kami solat Maghrib di izakaya. Stail x?? Haha.

Aku ingat lepas parti ni, boleh la balik, rupanya depa pi minum lagi, for the second time. Kali ni dekat pub pulak. Lol, first time masuk pub. Tapi aku ikut je la, sebab hormatkan diorang. Aku minum jus lagi la jawabnya. Tapi dalam ramai2 yang mabuk, ad sorang ni yang x mabuk, sebab dia minum secawan dua je. Dia asyik borak dengan aku, tanya apa yang aku buat dekat izakaya tadi (tanya aku pasal sembahyang maghrib). Aku pon story la. Bosan jugak pergi pub, tengok orang mabuk2. Naseb la ada karaoke kat situ, apa lagi...HAHA

Tu mungkin sebahagian daripada cerita aku, sebenarnya banyak lagi cerita yang aku nak kongsi. Mungkin daripada cerita aku ni, orang akan nampak ak macam sosial, Ya, aku mengaku, tapi mungkin fikiran setiap orang x sama. Cara orang lain2. Aku x mampu nak bagi ceramah pasal Islam macam kawan2 sekolah aku yang lain, aku mungkin x mampu nak tunjukkan akhlak yang baik sebagai seorang Islam sebab aku pon fail bab tu, tapi selagi mana aku mampu menyumbang untuk jalan agama, aku cuba.

Kalau Islam itu dilihat leceh, rumit, susah, oldschool, terorist, itu semua berpunca daripada sikap kita sendiri sebenarnya. 

Sebab apa?

Bila kita ditanya mengenai Islam, kita akan jawab Islam wajibkan puasa sebulan, x boleh buat sex sebelum kahwin, x boleh minum arak, x boleh makan babi, kena sembahyang 5 kali sehari dll. Tapi kita lupa nak explain KENAPA kita disuruh berbuat demikian, apa HIKMAH disebaliknya. Contoh, kat Jepun, kita x boleh makan daging dekat sana, maka bila orang Jepun tanya kenapa kita x makan daging, kita pon jawab "kami x boleh makan daging". Maka dalam kepala otak orang Jepun, mereka menyangka bahawa orang Muslim x boleh makan daging, walhal kita boleh makan, dengan syarat kena sembelih haiwan tersebut..

See.. Kita sendiri yang buat Islam tu nampak susah dimata orang lain kerana KEGAGALAN kita dalam memberitahu mereka perihal yang sebenar. Kan lebih baik kita cerita Islam bagi makan daging, tapi kena sembelih, sebab apa kena sembelih, sebab nak kasi semua darah dalam haiwan tu keluar, sebab apa nak kasi darah keluar, sebab darah x elok dimakan kerana ada banyak virus dalam darah atau sebagainya. 

Everytime kawan Jepun aku tanya berkaitan daging, aku akan jawab macam tu, dan sebaliknya mereka mengatakan Islam "Healthy". Haha. Jadi, apa yang perlu kita lakukan? Mungkin salah satu caranya ialah dengan mahirkan diri kita dengan bahasa asing agar mudah untuk kita explain dengan lebih lanjut mengenai Islam. Tapi, paling penting sekali, ilmu mengenai agama, terutamanya bab feqah kena mahir. :)