Monday 28 October 2013

kenapa ramai student overseas SUSAH nak balik Malaysia?

  Kali ini aku nak kupas beberapa masalah yang pernah diketengahkan oleh kabinet mengenai permasalahan pelajar Malaysia yang belajar di luar negara GAGAL untuk pulang ke Malaysia selepas menyudahkan pengajian mereka.

Mari kita lihat satu persatu punca permasalahan yang berlaku. 

  Sebelum itu mari kita lihat negara kita sendiri. Kabinet juga pernah ketengahkan permasalahan dimana ramai WARGA ASING atau bahasa lembutnya PATI yang berfoya foya di Malaysia dan aku x nafikan benda tu. Sebagai bekas pelajar yang pernah belajar di Klang Selangor, aku rasa aku seperti belajar di "nusantara" yang lain apabila aku keluar outing mahupun "terbang" ke bandar Klang sewaktu belajar dekat asrama dulu. Pemandangan seolah aku bukan berada di nusantara Malaysia, tetapi di kawasan rokok "nusantara" (if you know what i mean).

Jadi kenapa masalah ini timbul??

  Sebab negara negara jiran kita kebanyakan susah, maka mereka berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki. Disebabkan kesusahan yang melampau, ada yang terpaksa masuk ke Malaysia secara haram walaupun mereka mengerti itu merupakan satu jenayah.

Apa kaitan dengan student Malaysia di luar negara?

  Aku bagi contoh yang terdekat dengan aku. Hidup di Jepun memang menelan kos sara hidup yang tinggi. Tapi aku hairan, didalam negara yang menelan kos sara hidup yang tinggi ini, x pernah sekali pon aku jumpa peminta sedekah, orang yang tidur di jalanan atau hidup di gelandangan. Kalau difikirkan secara logik, bayangkan saja sewa rumah yang aku duduk sekarang ni pon, x besar mana pon,  besarnya sebuah ruang tamu rumah teres setingkat. Situlah bilik air, dapur, ruang tamu, tempat tidur, dan harga sewa sebulan RM900. Mampu??

  Minyak kat Jepun mahal cam harom. Seliter RM5.14. Keharaman apakah ini? Harga sepapan telur (10 biji) RM7.00. Mampu?? Air tin setin RM3.20. Mampu?? Bil air sebulan RM60, bil api RM70, bil gas (untuk memanaskan air paip) sebulan RM70~RM100. Mampu??

Dah tu, kenapa tak nak balik Malaysia kalau life cost mahal??

  Setelah contoh2 yang aku keluarkan, pasti ramai yang berfikiran begitu bukan?? Sebenarnya silap!!! Kesilapan besar!!! Disini aku tunjukkan sedikit kiraan realiti sebenar hidup di Jepun.


kiraan bil/sewa bulanan:

1. Sewa Rumah : 28000yen
2. Bil air : 2400yen
3. Bil elektrik : 2200yen
4. Bil gas : 3000~5000yen
5. Insuran kesihatan : 2200yen

berikut adalah senarai harga lain2:

1. Petroleum seliter: 160yen
2. Harga kereta (Honda fitz) second hand : 12,0000yen
3. Harga kereta Nissan Skyline GTR R35 second hand 2011 : 300,0000yen
4. Harga motor Yamaha YZF R1 (baru) : 150,0000yen
5. Harga tv LED sharp : 32000yen
6. Harga setin air : 100yen
7. Harga kasut vans : 7000yen
8. Harga seluar jean Levis : 10000yen

Demikianlah beberapa contoh yang aku boleh bagi. Jadi nak tahu berapa gaji BASIC bagi graduan ijazah yang bekerja di Jepun??

  Gaji BASIC sebulan lepasan ijazah di Jepun rata rata adalah 20,0000yen. Saya ulang, itu GAJI BASIC. Aku pernah berbual dengan orang pakistan yang bekerja di kilang Subaru, gaji sebulan 30,0000yen, dan yang menarik bonus tahunan adalah sebanyak 200,0000yen! Za hell???

Jadi susah ke hidup dekat Jepun ni sebenarnya??

  So, let assume 100yen tu seakan seringgit (nilai sebenar 100yen adalah bersamaan RM3.20). Jadi mari kita buat kiraan semula harga2 yang aku sebut diatas tadi dengan menganggap 100yen bersamaan seringgit.


kiraan bil/sewa bulanan: (nilai dalam kurungan nilai ringgit sebenar)

1. Sewa Rumah : RM280 (RM900)
2. Bil air : RM24 (RM77)
3. Bil elektrik : RM24 (RM77)
4. Bil gas : RM30~50 (RM96~RM160)
5. Insuran kesihatan : RM22 (RM70)


berikut adalah senarai harga lain2: (nilai didalam kurungan nilai ringgit yang sebenar)

1. Petroleum seliter: RM1.60 (RM 5.14)
2. Harga kereta (Honda fitz) second hand : RM1200 (RM3850)
3. Harga kereta Nissan Skyline GTR R35 second hand 2011 : RM30000 (RM96500)
4. Harga motor Yamaha YZF R1 (baru) : RM15000 (RM48500)
5. Harga tv LED sharp : RM320 (RM1030)
6. Harga setin air : RM1 (RM3.20)
7. Harga kasut vans : RM70 (RM225)
8. Harga seluar jeans Levis : RM100 (RM320)

Dan basic gaji sebulan 20,0000yen dan menganggap 100yen bersamaan seringgit, maka nilainya menjadi RM2000. Aku ulang balik, susah ke sebenarnya hidup dekat Jepun??

Malaysia pulak macam mana??

Gaji basic dah la "SETINGGI" RM1500 sebulan, harga minyak RM2.20 seliter, air tin RM1.50~RM2, harga kereta myvi (baru) RM40000.

  Yang aku kemukan ini baru faktor ekonomi, belum soal sosial lagi. Nak bandingkan disiplin orang Jepun dengan orang Malaysia, korang lebih arif kot. Nak bandingkan kadar jenayah di Jepun dengan Malaysia, korang boleh tau kot sapa menang. Nak bandingkan kebersihan antara Jepun dengan Malaysia? Korang pon sendiri boleh tau. Nak bandingkan kejujuran rakyat dan pemimpin Jepun dengan Malaysia, korang boleh tau sapa menang.

  Kesimpulannya, berbalik kepada persoalan yang diutarakan pada awal tadi, adakah pelajar Malaysia yang belajar ke luar negara GAGAL pulang ke Malaysia ataupun kabinet GAGAL menguruskan negara dengan baik??? 

"Kalau x suka Malaysia boleh keluar dari Malaysia!".. hahahahahahahaha.
Inilah kata kata orang yang x pernah keluar Malaysia sebab dia x rasa hujan emas dekat negara orang.

  Ya, bak kata pepatah, hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Tapi kalau hujan batu untuk berabad lamanya, jangankan hujan emas, hujan besi buruk pon belum tentu lagi bro kalau macam ni la gayanya. Wahai pemuda pemuda Malaysia, kurangkanlah aktiviti "berpavilion", pakcik2 yang selalu lepak dekat mamak, asyik sembang kedai kopi je pun x leh gak. Sembang2 tapi bontot melekat dekat kerusi kedai mamak, badan x bergerak, terus bersembang pon x boleh. Menang berpidato boleh la pakcik. Gerak kerja??

  Disebabkan aku sayangkan Malaysialah, aku terpaksa SEDIKIT radikal dalam meluahkan idea serta pandangan aku. Kalau asyik nak berlapik, yang didalam lama lama busuk dikerjakan dek kulat. 

Lets do something for bright future. Sampai bila nak pergi perang guna keris bro?? Tepuk dada sendiri sakit. #hambar








Monday 2 September 2013

Kerana dua angka macai sama macai gaduh

Tumpang lalu, nak lap habuk jap dekat blog ni.

Ok, heboh kan sekarang pasal kenaikan harga petrol RON 95 sebanyak 20 sen. Maka buruklah imej DS Najib. Ah ha ha. Kalau orang tanya aku setuju tak dengan kenaikan petrol, jawapan saya of course la tak suka. MACAI BN pon tak nak harga petrol naik, apatah lagi MACAI PR. Ah ha ha. Niat saya disini bukanlah nak jadi ahli akaun negara ke, pakar ekonomi negara ke, TIDAK!

Cuma kali ni saya nak cuba berfikiran positif, nak cuba berfikir tanpa pengaruh daripada FACEBOOK tentang kenaikan harga petrol dan diesel. Semestinya sebelum saya menulis benda ni, saya sudah pun berbual dengan MACAI BN, MACAI PR. Saya dah dengar apa pendapat dari dua pihak ini.

Baiklah, saya mulakan dengan cara pengiraan. Saya sedar saya tak layak pon nak sembang pasal benda2 ekonomi, akaun ni, tapi at least saya belajar juga math, yedak?? Ah ha ha. Jadi di Facebook sekarang banyak ahli matematik membuat kiraan harga penggunaan petrol yang naik sebanyak 20 sen untuk jangka masa setahun. Jadi, saya nak buat calculation mudah pulak mengenai subsidi kerajaan keluarkan untuk setiap liter.

1. Kiraan (kerugian yg dialami akibat kenaikan harga petrol dan diesel)

    Harga sebelum kenaikan harga ialah (RM 1.90 x 10 liter) x 30 hari x 12 bulan = RM6840
  
    Harga selepas kenaikan harga ialah (RM 2.10 x10 liter) x 30 hari x 12 bulan = RM 7560

    Jadi kerugian yang terpaksa ditanggung oleh rakyat untuk setahun adalah sebanyak RM 720.

2. Kiraan (subsidi kerajaan untuk petrol RON 95)

    Subsidi satu liter RON 95 lebih kurang (RM 1.00 x 10) x 30 hari x 12 bulan = RM3600.

Dah kenapa pulak aku buat kiraan subsidi pulak, sedangkan orang lain dok sebuk kira kerugian yang bakal mereka alami selepas kenaikan harga petrol dan diesel. Ok, salah satu sebab saya buat kiraan ni sedar atau tidak, seperti yang sudah banyak dipost dan dishare di Facebook, ura ura mengenai kenaikan jumlah BR1M untuk yang akan datang untuk mengula gula kan rakyat itu dikatakan menjadi salah satu sebab kenaikan harga petrol dan diesel.

Pada hikmat dan logik MINDA AKU, aku rasa memang wajar kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel dan dalam masa yang sama menaikkan jumlah BR1M. Aku rasa benda ini wajar. Dah kenapa pulak wajar, kau ni MACAI BN ea??? Ah ha ha. Opssss

Ok, let say sekiranya BR1M dinaikan dari RM 500 ke RM 800, sedar atau tidak, nilai itu masih lagi jauh berbeza dengan nilai subsidi petrol yang saya kirakan sebentar tadi (RM3600 setahun). Yela, nak tahu kenapa saya kaitkan BR1M dengan subsidi petrol??

PAKAR EKONOMI dekat FACEBOOK kata, rata rata yang dapat BR1M ni orang orang kampung, orang susah, depa tak rasa kenaikan petrol ni sebab depa tak pakai kereta, senang la depa ni digula gulakan, tu yang ramai mengundi BN ni ramai orang KG. Ah ha ha. Lawaknya iolls rasanya pun.

Hey, uolls guna kereta tiap2 hari tu lagi banyak makan subsidi okeyh. (Asal jadi epok2 ni. Ehem, tune balik suara jantan). So tak perlulah saya buat kiraan subsidi minyak lagi sekali, yedak, faham2 sendiri lah ya. Logik kedua aku sokong BR1M naik dan harga minyak naik sebab memang wajar kerajaan mengurangkan subsidi, sebaliknya memperbanyakkan lagi BR1M ni sebab bila dikatakan SUBSIDI, MACAI BN ka, MACAI PR ke, Dato ke, Tan Sri ke, Robert Kok ke, pengemis ke, peminta sedekah ke, semua dapat benda yang sama. Sama rata gituuuu, katanya. Ah ha ha. Boleh macam tu??

Logik lain yang saya fikir adalah tak mungkin harga petrol akan menurun, saya ulang, tak mungkin. Der, petrol hari2 digali, makin lama makin sikit der, bukannya boleh buat penanaman semula der, kalau macam tu, x payah la US sebok2 perang dgn negara teluk untuk dapatkan minyak KALAULAH minyak tu boleh ditanam dekat US. Boleh??? Antara faktor lain, Mesir sekarang pon tgh bergolak, bukan Mesir je, Syria dll tengah bergolak.

Ada juga orang membuat banding beza dengan negara lain berkaitan dengan harga petrol, tapi aku rasa x perlulah kot sebab setiap negara ada perkiraan diorang sendiri. 

Aku bagi contoh mudah, orang kata minyak Jepun lagi mahal daripada minyak kita dan aku tak nafikan. Masa aku mula2 datang dulu, harga seliter 142 yen = RM 4.65, tapi sebelum aku balik Malaysia haritu, harga naik jadi 160 yen = RM 5.30, xda la plak ak baca twitter or fb kawan2 Jepun aku menganjing government depa 18 yen (macam kat malaysia, bnyk troll 20 sen), troll gamba PM depa. Malaysia truly Asia. Tambahan, tak lama lagi tax pembelian (dekat malaysia xda tax ni) akan naik dari 5% ke 8%. Adui nye ter ber puuunnn. Tapi x bolehlah kita compare dgn Jepun sebab depa (kalau x silap aku la) 90% minyak depa import from middle east. Orang pon boleh kata pendapatan orang Jepun tinggi, so x rasa sangat pon minyak tu mahal.

Tapi kalau nak pendapatan rakyat tinggi, dekat UAE, dekat Dubai pon pendapatan rakyat depa tinggi2. But harga minyak depa murah cam@#$%^&*. Sebab tu aku tak berhujah dengan membanding beza dengan negara lain sebab setiap negara ada plan, perkiraan belanjawan negara masing2. Kenaikan 20 sen tu pon ada kemungkinannya untuk menampung hutang2 negara yang melambak lambak sampaiakan tak terluak hendaknya. Ada lari bajet lettuw, failll. Ah ha ha.

Aku juga memandang negatif jugak mengenai masalah ni. Kenaikan harga petrol ni akan jadi beban pada golongan sederhana (pertengahan) yang dimana golongan ni x layak dapat BR1M, tapi dalam masa yang sama x kaya jugak pon. Macam teman laa  :(

Point akhir aku, cakap pakai air liur pon x boleh jugak der. Sekarang ni pon, amalan Kafir mengkafirkan orang dah sama macam MACAI MEMACAI kan orang dah aku tengok. Kalau nak berdiskusi, jangan bias der. Aku pon hentam governtment kalau aku rasa x betul, tapi kalau aku rasa governtment betul, aku setuju. Kata nak build a better nation, tapi kalau minda x boleh buka, hati sentiasa nak cari salah, sampai bila nak maju der. Betulkan dan bimbing, bukan menjatuhkan.

Takkan sebab naik 20 sen, nak mengamuk dekat petrol pump?? Ah ha ha... Peace no war. Maaflah, aku bukan MACAI mana2 wokeyh.





Tuesday 18 June 2013

Diet dan Islam


Diet dan Islam?? Haaaaa, style tak tajuk entry aku kali ni?? hew3 Sebenarnya dua benda ni tak ada kaitan pon antara satu sama lain pon. Tapi ada satu persamaan dalam pengamalan.

Haaa, apakah?

Dipendekkan cerita, baru2 ni aku belajar satu benda baru berkaitan dengan diet dalam kelas English. Statement dia lebih kurang macam ni.

"Pernahkah kita mengalami masalah kenaikan berat badan selepas sekian lama kita melakukan diet? Terdapat dua sebab mengapa hal sedemikian berlaku. Pertama badan manusia mempunyai satu sistem atau set point dimana badan kita sendiri telah menetapkan satu tahap berat badan yang ideal untuk kita, dan otak(sistem) akan mengawal serta menstabilkan berat badan kita ke tahap berat badan yang telah disetkan oleh badan kita. Jadi, banyak mana kita makan, sikit mana kita makan, kita akan kekal dalam range berat badan yang telah disetkan.

Sebab kedua ialah badan kita mempunyai bekalan lemak, dimana lemak tersebut akan digunakan pada waktu waktu kecemasan seperti ketika kita sesat dihutan dan tiada bekalan makana untuk 3 hari sebagai contoh, maka bekalan lemak tadi akan ditukarkan ke dalam bentuk tenaga. Sekiranya kita melakukan diet dengan menahan diri dari makan banyak2, otak(sistem) akan menganggap badan kita dalam keadaan kebuluran. Maka lemak yang tersimpan tadi akan ditukarkan kepada tenaga sedikit demi sedikit. Tapi, once kita mula makan walaupun lebih sedikit dari semasa kita melakukan diet, sistem akan membuatkan kadar metabolism kita perlahan. Jadi makanan yang kita makan bukan ditukar kedalam bentuk tenaga, tetapi kedalam bentuk lemak kerana ingin menggantikan lemak yang telah digunakan sebelum ini dan hasilnya, kita gemuk balik. 

Penyelesaian terbaik untuk menurunkan berat badan adalah dengan melakukan diet DAN dalam MASA YANG SAMA, lakukan SENAMAN yang setimpal"

Begitulah kisahnya. Mungkin ramai dah tahu pasal benda ni, tapi lantak lah. Pokoknya bukan benda ni aku nak sampaikan, ni info sampingan je. Pointnya, ramai orang melakukan diet, tapi tak tahu apa sebenarnya dia buat tu, betul ke tak, apa faedah dia buat, yedak? Depa suka melakukan amalan diet secara mengkhinzir buta, sebab apa, sebab trend orang ramai kan, nak turunkan berat badan, diet, jadahh. Bukan salah diet, tapi cara nak turunkan berat badan, bukan diet SAHAJA, kena bersenam jugak!

Jadi apa kaitan dia dengan Islam?

Haaa, point dia pon sama je, ramai orang mengamalkan Islam, tapi tak ramai yang sedar dan tahu apa yang mereka amalkan dalam Islam, khususnya bab ibadah. Sebab apa, ramai yang Islam, tapi Islam secara ikutan, atau dalam erti kata lain, TAQLID BUTA. Yang  lawaknya, (bukan nak memperlekehkan mana2 orang) dah la taqlid buta, bila nampak orang lain buat benda pelik sikit dari BUDAYA Islam, khususnya BUDAYA Islam Tanah Melayu ni haa, mulalah nak kata sesat la, walhal orang tu buat benda yang betul. Dah lah taqlid, buta lagi. LOL. Buat kawan2 saya yang lahir di Tanah Melayu, Islam (aliran sunnah wal jamaah) ada 4 mazhab ye, EMPAT mazhab. Dan dalam 4 mazhab ni, ada banyak juga benda2 yang lain dari segi pengamalan ibadah, contoh paling senang bacaan qunut, ada mazhab kata buat, ada mazhab kata x payah buat. Salah satu faktornya imam mazhab tersebut meletakkan hukum berdasarkan hujah yang berbeza.

Yang peliknya, yang taqlid buta ni pulak, kalau taqlid benda yang betul ok la lagi, ni x, taqlid mazhab melayu. Alahaii~ Jadi penyelesaiannya mudah, kena belajar lagi ilmu agama. Kaji dan selidik. Lebih baik x payah buat atau amalkan sekiranya kita tidak tahu atau was2. Dan jangan pula kita pertikaikan perihal yang kita sendiri tak tahu, jangan pertikai, tapi tanya kenapa mereka buat sebegitu, rujuk pada yang pakar.

Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah, amal tanpa ilmu gila :)


Monday 3 June 2013

Kalau bukan kita siapa lagi?

Fuuhh, sekian lamanya aku tidak menaip di ruang blog ni. Sorry la, busy sikit kot duduk dekat negara orang kan. Ingatkan dah lepas graduate from IBT, aku ingat masuk universiti ni ringan la sikit beban belajar, rupanya harammm...

Tapi bukan tu aku nak cerita, aku nak kongsikan sikit sebanyak pengalaman aku dengan kawan2 Jepun. Bagi mereka yang tak tahu lagi, aku belajar di Gunma University, terletak di Gunma Prefecture (kira2 150km dari bandar Tokyo). Serius aku memang batak la dok sini, nak2 awek2 kat sini cun melecun bak ang. Haha. 

Dah 3 bulan aku duduk dekat sini, aku belajar banyak benda baru terutamanya bab makan. Mesti ramai fikir duduk dekat Jepun susah nak makan, YA, memang betul, aku kena teliti satu persatu ingredient makanan yang aku beli. Kadang kadang rasa macam leceh gila, tapi nak buat macam mana, yedak? Untung duduk Malaysia, nak beli makanan, tengok je logo halal. Dah la leceh nak tengok semua benda, harga pulak x payah nak cerita la kan. Alhamdulillah, aku bertuah dapat biasiswa, kalau tak, memang aku x mampu nak makan la kat sini.

Tapi, sebaliknya, aku makin gemuk duduk sini. Duduk sini baru 3 bulan, tapi dah naik 11 kilo!! Haha. Tak tau la kalau aku belajar dekat mesir ke, jordan ke, makanan halal senang nak dapat, rasa rasanya naik 20 kilo kot. 

Ok, dah lari topik sebenarnya. Haha. Baiklah, aku share sikit apa yang pernah aku alami, berkaitan dengan entry kali ni. Aku dengan seorang kawan Malaysia aku yang belajar dekat sini, Afif Akmal namanya, kami join pasukan ragbi universiti. Jadual latihan kami setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu, bermula dari jam 6.00 petang sampai pukul 9.00 malam. Maghrib di Jepun masuk pukul 6.50 petang dan Isyak masuk pukul 8.30 malam.

Nampak macam susah kan?? Tapi sebenarnya tak pun. Ok, aku cerita sikit perangai orang Jepun. Orang Jepun ni kalau kerja ke, latihan ke, mesti buat betul2. Tak ada istilah main2 la senang cerita. Kiranya nak curi tulang pon x boleh.

Tapi aku suka orang Jepun ni, kau cakap jujur, bagitahu perkara yang sebenar, mereka terima dan hormat. Senang cerita, aku bagitahulah dekat kapten ragbi aku yang aku dengan kawan aku kena solat Maghrib, dan mereka faham dengan situasi kami. Kami akan pergi dekat tepi padang dan solat maghrib berdua, kemudian sambung latihan dengan depa. Percaya tak, kadang kadang kapten ragbi aku sendiri yang tanya kami dah solat ke, dah masuk waktu solat ke? 

Satu lagi sikap orang Jepun ni, diorang ni berkawan memang betul2 kawan. Bukan kenal2 gitu je. Nak berkawan dengan orang Jepun ni, x susah sebenarnya, tapi kita yang rasa susah. Sebab apa, kita dengan rakan2 di Malaysia, kita berkawan, tapi sekadar kawan. Tapi diorang x. Bila kita sudah jadi kawan diorang, diorang akan ambil berat tentang perihal kita. Diorang lagi faham apa itu ukhwah daripada orang Islam.

Aku bagi satu example, kat Jepun memang x jual daging halal dekat restoran Jepun selain kedai muslim, jadi setiap kali kami bebudak ragbi lepak di kedai makan atau di kafe universiti, diorang faham yang kami x boleh makan daging, babi, minum 酒(sake) iaitu arak dll. Even kadang2 bila diorang nak kongsi makanan dengan kami, diorang akan check dulu ingredient untuk aku sebelum bagi aku makan. Aku sangat kagum dengan diorang sebab diorang respek agama aku

Itu satu hal, satu hal lagi, baru baru ni aku pergi ke welcome party untuk kelab ragbi uni. Party tu dibuat di 居酒屋(izakaya) iaitu restoran yang menu utamanya adalah arak. Memang seperti yang difikirkan, semua mabuk, ketawa x berhenti la, macam2 la karenah orang bila dah mabuk. Diorang faham yang kami x boleh minum arak, jadi diorang order jus dengan cola untuk kami minum. Even diorang dengan rela hati tukar makanan dengan kami, contoh diorang bagi kami udang ke sotong, diorang amek daging kami. Tapi aku rasa geli hati la, dalam suasana mabuk2 tu, kami solat Maghrib di izakaya. Stail x?? Haha.

Aku ingat lepas parti ni, boleh la balik, rupanya depa pi minum lagi, for the second time. Kali ni dekat pub pulak. Lol, first time masuk pub. Tapi aku ikut je la, sebab hormatkan diorang. Aku minum jus lagi la jawabnya. Tapi dalam ramai2 yang mabuk, ad sorang ni yang x mabuk, sebab dia minum secawan dua je. Dia asyik borak dengan aku, tanya apa yang aku buat dekat izakaya tadi (tanya aku pasal sembahyang maghrib). Aku pon story la. Bosan jugak pergi pub, tengok orang mabuk2. Naseb la ada karaoke kat situ, apa lagi...HAHA

Tu mungkin sebahagian daripada cerita aku, sebenarnya banyak lagi cerita yang aku nak kongsi. Mungkin daripada cerita aku ni, orang akan nampak ak macam sosial, Ya, aku mengaku, tapi mungkin fikiran setiap orang x sama. Cara orang lain2. Aku x mampu nak bagi ceramah pasal Islam macam kawan2 sekolah aku yang lain, aku mungkin x mampu nak tunjukkan akhlak yang baik sebagai seorang Islam sebab aku pon fail bab tu, tapi selagi mana aku mampu menyumbang untuk jalan agama, aku cuba.

Kalau Islam itu dilihat leceh, rumit, susah, oldschool, terorist, itu semua berpunca daripada sikap kita sendiri sebenarnya. 

Sebab apa?

Bila kita ditanya mengenai Islam, kita akan jawab Islam wajibkan puasa sebulan, x boleh buat sex sebelum kahwin, x boleh minum arak, x boleh makan babi, kena sembahyang 5 kali sehari dll. Tapi kita lupa nak explain KENAPA kita disuruh berbuat demikian, apa HIKMAH disebaliknya. Contoh, kat Jepun, kita x boleh makan daging dekat sana, maka bila orang Jepun tanya kenapa kita x makan daging, kita pon jawab "kami x boleh makan daging". Maka dalam kepala otak orang Jepun, mereka menyangka bahawa orang Muslim x boleh makan daging, walhal kita boleh makan, dengan syarat kena sembelih haiwan tersebut..

See.. Kita sendiri yang buat Islam tu nampak susah dimata orang lain kerana KEGAGALAN kita dalam memberitahu mereka perihal yang sebenar. Kan lebih baik kita cerita Islam bagi makan daging, tapi kena sembelih, sebab apa kena sembelih, sebab nak kasi semua darah dalam haiwan tu keluar, sebab apa nak kasi darah keluar, sebab darah x elok dimakan kerana ada banyak virus dalam darah atau sebagainya. 

Everytime kawan Jepun aku tanya berkaitan daging, aku akan jawab macam tu, dan sebaliknya mereka mengatakan Islam "Healthy". Haha. Jadi, apa yang perlu kita lakukan? Mungkin salah satu caranya ialah dengan mahirkan diri kita dengan bahasa asing agar mudah untuk kita explain dengan lebih lanjut mengenai Islam. Tapi, paling penting sekali, ilmu mengenai agama, terutamanya bab feqah kena mahir. :)










Sunday 7 April 2013

Berubah jadi alim tapi mendabik dada? Bagus sangat ke?



Aku cuma terkilan, ada segelintir umat ni kan, dahulunya dia berada didalam dunia yang jahil. Ketika jahilnya dia dahulu, aku rasa mungkin dia sedar yang dirinya dihina oleh masyarakat sekeliling. Tapi tak tahu lah kalau dia buat2 tak sedar atau dia memang betul2 x sedar.

Jadi, aku bagi satu contoh yang sangat dekat dengan aku, MAMA saya.

Ni nak cerita sikitlah sejarah mak aku. Masa mak aku muda dulu, mak aku merupakan seorang penari tarian kebudayaan dibawah Kelab Budaya naungan JKKN. Lepas tu mak aku aktif dalam bidang nyanyian, selalu mendapat undangan di hotel2. Kelab tu wallahu a'lam. Haha. Then mak aku join kugiran, tapi mak aku vokalis. Cuma nak bagitahu, mak aku ni bukanlah artis, cuma penggiat seni sebab adik beradik mak aku semua pemuzik. Aku xde kot :P

Yalah, bila dah menari, menyanyi dekat hotel, menyanyi kugiran, mana ada hijabers gitew. Of course la free hair bagai. Tapi percaya lah, lepas mak aku kahwin dengan ayah aku, dia berubah. Dulu melalak dekat hotel hotel, sekarang lead kumpulan berzanji dan marhaban. Aktif dalam kegiatan surau dll.

TAPI, mak aku xde lah nak mengutuk orang jahil2 dekat luar sana tu! Takda pulak mak aku kata tu zalim la, tu kafir la, ini yahudi la, jadah n bla bla bla bla. 

Ya, tak dapat dinafikan seruan amal ma'ruf nahi mungkar, bukan nak kata tak payah nak amek peduli pasal kemungkaran dan sebagainya, tapi point aku disini adalah, bila kita sudah berubah, daripada kejahilan ke jalan yang benar, bagus sangat ke kita ni nak mengutuk, mengata, mencaci dan menghina orang2 yang jahil di luar sana?? Cantik sangat ke??

Sepatutnya kau kena lebih faham perasaan berada di tempat orang yang jahil, sebab kau pon pernah jadi jahil la JAHIL! *teremosi haha.

Sebab takut nanti kerana mulut orang macam segelintir umat yang dah berubah jadi alim tapi mengata tu, orang yang nk berubah silap2 makin menyimpang sebab mulut umat yang longkang itu :)

#AbbyAdabi(bukannamasebenar)

Thursday 28 February 2013

BTN tu racun?


18 feb sampai 22 feb, aku menghadirkan diri ke Biro Tata Negara (BTN). Sebelum pergi BTN ni, mostly komen yang aku dengar, "dakyah kerajaan", "racun fikiran rakyat", "brainwash" n so on. Betul, aku x nafikan benda2 tu semua, cuma mungkin nasib aku la, masa aku pergi BTN, xde pulak diorang sentuh pasal politik. So, ak tak nak komen apa2 la.

Sometimes aku sendiri pon rasa, ekeleh, desprate gila pelatih2 BTN ni, macam sangap nk marah orang je. haha. 

Tapi entah la, lepas pergi BTN, banyak benda yang selama ni aku x tahu pasal negara aku sendiri. Malu jugak sebenarnya jadi rakyat Malaysia, tapi "zero" pasal Malaysia. Dan untuk pengetahuan umum la, aku ni sebenarnya agak racist orangnya (pengakuan jujur dan berani mati). Tapi bila pergi BTN, racist tu masih ada, cuma x setegar dulu la. Banyak kot kesedaran yang aku dapat dari BTN.

Mungkin tak ramai ada pengalaman macam aku. Aku ni dibesarkan oleh atuk dgn nenek sejak aku umur setahun sampailah aku habis tadika. Nak dijadikan cerita, aku ni dididik oleh atuk aku, aku belajar mengaji, belajar berzanji dll. Atuk aku ni pulak bekas tentera darat dan pernah berkhidmat masa perang dunia kedua. Jadi, memang banyak atuk aku cerita pasal perang dengan Jepun (aku sendiri nak belajar kat jepun, LOL), pasal perang menentang Komunis. Jadi mungkin bagi aku sendiri, sedikit sebanyak aku faham tentang perjuangan nk mendapatkan kemerdekaan negara ni bukanlah mudah.

Jadi, objektif sebenar BTN ni, bukanlah nak meyampaikan dakyah kerajaan atau lain2, sekadar nak menyedarkan kaum muda di Malaysia, agar faham erti pengorbanan dan perit getir orang dahulu mendapatkan kemerdekaan. Cuma yelah, tak dinafikan ada sikit2 dia selitkan unsur2 politik, tapi x payah la disebabkan ada unsur politik, habis benda2 baik yang ada dalam BTN kita campak tepi, yedak?

Dari sudut agama sendiri pon, for those yang pernah belajar PQS, ada bab pasal cintakan tanah air (x silap aku la). Nak kata agama sendiri pon menekankan aspek cintakan negara dan tanah air. Tapi tak tahulah, kalau ada jugak yang nak kata, "alaa, buku teks tu orang kerajaan yang buat, tu yang masukkan tajuk tu dalam buku teks". LOL Whatever. 

Dalam banyak2 modul dan aktiviti dalam berkumpulan yang ada dekat BTN, aku rasa aktiviti yang paling membawa mesej yang baik adalah aktiviti dimana setiap kumpulan diberi cebisan2 kain, ada yang dapat warna merah, ada yang biru, ada yang putih, ada yang kuning. Dengan bahan yang diberi, kena hasilkan satu benda yang kita boleh banggakan. Syarat dia, kita tak dibenarkan bersuara dan berdiri, boleh memberi tapi tak boleh meminta. Simple je, tapi susah nak laksanakan.

Mulanya, aku pon tak terfikir nak buat apa dengan kain warna putih, tapi lepas aku perhatikan group lain ada pegang kain merah, biru dengan kuning, baru aku perasan, Jalur Gemilang! (slow jugak aku ni). Jadi semua group pon bergabunglah, kumpulkan barang2 yang setiap group dapat, buat bendara Malaysia.

Aktiviti dia memang x seronok, tapi mesej dia mendalam. Macam tu lah payahnya orang dulu nak merdeka, suara mereka x didengari oleh british, kuasa mereka ditarik dan sebagainya, tapi akhirnya kemerdekaan tercapai jua.

Jadi orang muda, fikir dengan rasional, belajar untuk mensyukuri nikmat yang ada, luangkan sejenak masa untuk diri sendiri, fikirkan apa yang kita mampu sumbangkan pada negara kita sendiri. Jangan hanya sekadar lantang bersuara, gerak kerjanya tiada. Seburuk buruk Malaysia ni, kita masih lagi mampu mengucap dua kalimah syahadah tanpa sebarang ugutan atau ancaman. Sehina hina Malaysia ni, kita masih lagi mampu menunaikan solat berjemaah dimasjid masjid, surau2. Yang tinggal sekarang hanyalah kita, bagaimanakah cara nak mengekalkan dan menambah baik, bukan memusnahkan :)






Wednesday 13 February 2013

Tradisi yang kuno itu teruk sangat ke?



Sambungan daripada artikel yg lepas,  ada satu hari ni, lepas aku aku balik dari kerja, aku dgn member2 kerja aku yang lain lepak dekat mamak untuk makan malam. So, masa kami tengah menjamu selera, datanglah seorang pakcik. Pakcik ni memang dah familiar lah dengan budak2 IBT sebab dia jual nasi lemak dekat depan kondo kediaman student IBT ni.

Jadi aku ingat nak share sikit apa yang pakcik tu borak dengan kami masa kami tengah makan. Pakcik tu share pengalaman hidup dia sejak dari lepas sekolah sampailah dia jual nasi lemak.

Betullah orang kata, dont judge a person by their appearance. Macam kebanyakan penjual nasi lemak yang anda semua pernah nampak, sama juga dengan pakcik tu. Simple, memang sesuai dengan watak seorang penjual nasi lemak. Tapi, sapa tahu dia belajar sampai master?? haha

Tapi aku nak tekankan satu point yang pakcik tu share dekat aku iaitu pasal perkahwinan. Ala korang, pasal kawin je laju je kan?? Mulalah merembes rembes hormon korang.. Haha

Kang kalau share semua benda yang pakcik tu cerita dekat aku, x larat pulak kome nak membaca nanti. Mana tak nya, aku yang dengar pakcik tu borak pon boleh nk terlelap. Haha, yela, mungkin sebab letih, baru balik kerja satu, tapi mungkin panjang sangat.

Anyway, aku mula fikir balik apa yang pakcik tu borak pasal kahwin, dan aku mula bersetuju dengan apa yang dia katakan. So aku akan kongsikan antara isi2 perbualan pakcik tu mengenai perkahwinan.

Kalau nak kahwin, biarlah mak kita yang carikan calonnya. Mungkin benda ni nampak sangat "LAME" dan KUNO, tapi inilah yang terbaik buat kita. Berkerut jugak dahi aku bila dia cakap macam tu, agak kurang setuju disitu. Tapi setelah dengar penjelasan lanjut dari pakcik tu, aku mula setuju dan buat aku berfikir panjang.

Senang je explaination dia. Mak mana nak bagi anak dia kahwin dengan pelacur?? Takkan lah mak kita akan cakap macam ni, contohnya "Mat, kau kahwin je la dengan Leha tu (pelacur), xpa, kau tarbiyah la dia nanti, elok lah dia tu bila jadi isteri kau nanti." 

Dan mak mana jugak nak kasi anak dia bini atau suami yang huduh paras rupanya. Even mak kita pon x nak menantu yang huduh, yedak? Haha

Dan paling penting, bila seorang anak minta mak dia pilihkan calon suami atau isteri buat dia, pastinya mak kita akan terharu.

Kenapa?

Apabila seseorang anak memberi kepercayaan kepada ibunya untuk memilih calon isteri atau suami bagi dia, itu merupakan SATU PENGHORMATAN bagi seorang ibu. Bayangkan je la dalam era macam ni, mana ada anak yang nk mak dia carikan calon untuk mereka, yedak?

Jadi, seperti yang aku cakapkan tadi, bila ibu kita rasa diberi penghormatan untuk dia memilihkan calon untuk kita, PASTINYA dia akan memilih yang TERBAIK untuk kita, yedak??

So, kalau korang tanya aku macam mana pulak??
Senang je, aku ni jenis yang x cerewet sangat. Aku mungkin bagi mak aku pilihkan, tapi, kalau aku dah jumpa yang aku sendiri berkenan awal dari mak aku, aku kawin dulu la kot. Haha

Jadi, jangan anggap sesuatu tradisi itu kuno dan x relevan. Tak dapat dinafikan ada banyak tradisi yang x relevan dengan dunia sekarang, tapi x dapat dinafikan juga ada tradisi yang relevan bila kita fikirkan balik.